Malaysia sedang dalam suasana pilihanraya yang bakal tiba selang beberapa hari lagi dari sekarang. Perang hujah/fakta/auta/fitnah/keaiban semakin berleluasa sehingga tidak diketahui penghujungnya. Setiap mereka punya agenda dan juga kunci tersendiri untuk meyakini rakyat untuk memilih pemimpin mereka.

Sesetangahnya mengambil sikap neutral dan meletakkan undi sebagai rahsia melalui pemerhatian dan memikirkan setiap inci perkara yang tersebar dan disebar. turut juga ada yang mengambil sikap "Ah,politic's sucks!Ignore that! " yang tidak mahu mengambil peduli perjalanan negara yang akan membawa setiap langkah kita dari dalam dan luar rumah serta berkait rapat dalam kehidupan seharian kita dan anak2.

Setiap manusia tidak terlepas dari kesalahan2 yang dilakukan secara sngaja atau tidak disengajakan dan setiap kerajaan yang mempunyai pembangkang adalah baik supaya kerajaan yang memimpin dapat meneliti dan memperbaiki setiap inci kesalahan yang dikemukakan oleh pembangkang. Soal serangan peribadi lebih diutamakan berbanding komuniti. Malaysia sendiri tidak terlepas bila mane soal peribadi dan rahsia dalaman sulit kini menjadi tatapan seluruh rakyat sama ada pihak kerajaan yang memerintah mahupun pembangkang. Semuanya menyelak 'kain dalam' yang selama ini dijaga dan tersimpan rapi.

Sesetengah blog media online yang sentiasa berteriak bahawa tidak menyokong mana2 pihak tetapi dilihat terlebih berat sebelah berbanding bersifat neutral sehingga menimbulkan kekeliruan pelbagai pihak terutama pengundi atas pagar. Setiap bukti dan hujah kini tidak diketahui kebenaaran dan kebenaran yang ada dinafikan sekeras kerasnya dan sistem yang ada diperlekehkan dan tidak membantu dalam pelbagai agenda memartabatkan negara.

Ingatlah saudara mungkin kenyataan ini membuatkan ramai mengatakan saya  berpihak pada sebelah sini ,ianya secara neutral untuk saya bertanyakan pendapat iaitu Sekiranya orang yang kita kenali dan sangat rapat dan mungkin lebih erat dahulu bersama dalam jangka masa yang lama dan panjang tetapi hari ini bingkas bangun secara ramai meninggalkan kita adakah itu satu petanda yang baik atau itu dugaan yang perlu ditempuhinya. Berfikirlah secara ilmiah dalam Humans Psycho, atau ilmiah secara kajian psikologi mendalam dalam mengenali setiap suasana atau prkara disekeliling.

Ketahui juga setiap sistem yang berada di Malaysia adalah berkaitan dan saling kait mengait antara satu sama lain, tidak ada setiap perkara yang dikaji dan diteliti pelbagai pihak sebelum membuat pelbagai keputusan. Kebergantungan sikap sesetengah Pro/Kontra Politik ini kini seakan akan 'Culture Shock" dengan penerimaan Internet sehingga meletakkan darjat ilmu yang diperolehi melalui keputusan grade diletakkan di belakang dan melaungkan Subjek "Freedom of Speech" so everybody can speak! maka yang dishare hanyalah melalui logik dan andaian yang bernas melalui visual/perkara semasa tanpa menilai berita2 yang dibawakan. Media2 cetak pula dianggap tidak relevan kerana menyebelahi sebelah pihak. Perlu juga kita fahami bahawa setiap media dan kewartawanan/journalist memvisual dan menulis perkara berdasarakan setiap ucapan dan wartawan/media sama sekali tidak disalahkan kerana dalam soal interview secara terbuka dilakukan oleh pihak media untuk memilih wartawan/kakitangan dari pelbagai latar belakang dan mereka tidak diselidiki bbahagian politik mana yang disebelahi. Kenyataan media menerusi video dan audio diucapkan melalui rakaman terus dari Pihak yang ditemuramah.

Diingatkan semula Pilihlah secara UNDI, dan pilihan calon yang diamanahkan rakyat, anda selami dan akuilah bahawa tanggungjawab yang dilepaskan masyarakat sebagai ketua kampung, komuniti, kawasan, negeri, wilayah dan negara itu harus dipeljari dan difahami segenap aspek sebagai ketua yang akan membawa kelompok kamu ke jalan yang diberkati dan mulia serta terancang. Kepada pihak (rakyat) cukuplah kita caci mencaci serta menggunakan istilah emosi dalam menyampaikan hujah anda yang kadangkala apabila dilihat melalui media sosial berselang seli dengan makian kemudian diselang seli semula juga hadis,ayat2 Al-Quran,Kata2 ulama kemudian cacian makian semula, jadi iini tidak melambangkan perjuangan pun sebaliknya sifat benci membenci yang menebal yang kita tanamkan dalam diri kita. Undi adalah Rahsia.


ini Pemimpin2 Malaysia yang membawa Malaysia sejak 1957 



0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer